Sabar, Satu ciri manusia beriman
July 27th, 2006 by adisugarmanusia yang benar-benar berketerampilan dan berinovasi. Sabar adalah alat
kepada manusia bila menghadapi ujian allah. Sabar juga sebagai satu alat untuk
allah mengukur sejauh mana keimanan manusia itu kepadanya. Sabar melatih diri
agar tenang. Sabar juga sebagai sumber keamanan manusia sejagat.
Menurut
Dr. Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar merupakan sebesar-besar akhlak al-quran. Ini
kerana menurut beliau kalimah sabar ini seringkali disebut didalam kitab suci
itu. Manusia sering diingatkan supaya bersabar. Dalam al-quran, sabar ini bukan
sahaja merujuk kepada surah-surah makkiyah iaitu surah-surah yang mengajar
manusia tentang iman tetapi juga surah-surah madaniyah yang menerangkan tentang
cara hidup manusia mukmin.
Menurut Imam Al-Ghazali pula, dalam kitab
As-Sabr Wa As-Sykr Daru Rubu’ Al Munajiyat, dari kitab induknya Ihya Ulumud Din
, kalimah sabar dalam al quran terdapat melebihi tujuh puluh tempat.
Menurut Ibnu Qayyim pula dalam kitabnya Madarij As Salikin, memetik dari
iman ahmad menerangkan sabar dalam quran itu disebut melebihi sembilan puluh
tempat.
Menurut Abu Thalib Al Makki pula dalam Kitana Qut Al-Qulub
memetik dari sebilangan ulama katanya maka satu perkataan lagi yang melebihi
kalimah sabar. Aesungguhnya allah taala telah menyebut tentangnya dalam kitabnya
melebihi sembilan puluh tempat dan kami tidak mengetahui perkataan itu melainkan
orang-orang yang sabar.
Terdapat beberapa dalil dalam Al Quran tentang
sabar ini diantaranya surah An Nahl ayat 126-127 maksudnya :-
“Dan jika
kamu memberikan pembalasan , hendaklah dibalskan serupa dengan kejahatan yang
diperbuatkan kepada kamu, dan kalau kamu bersabar, maka itulah yang paling baik
bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar, dan tidak adalah
kesabaran itu melainkan dengan pertolongan allah”
dalam surah al ahzaab
ayat 25 allah berfirman
“dan orang-orang yang sabar lelaki dan
orang-orang yang sabar dari kalangan perempuan”.
Sabar disini bermaksud
menahan dan tidak bertindak dengan ertikata jika diancam bunuh sekalipun tidak
melawan.
Dalam surah alkahfi pula, allah berfirman ini menunjukan sabar
itu :-
“ dan bersabarlah engkau bersama-sama orang yang menyeru tuhannya
pada waktu pagi dan petang , mereka menginginkan keredhaan allah dan janganlah
engkau menghindarkan pemandangan daripada mereka.”
Sabar disini dulas
dengan makna teguhkan hatimu bersama mereka.
Sabar lawannya gelisah.
Oleh yang demikian kita janganlah gelisah kerana itu adalah cabanmg membawa kita
kepada api neraka. Allah ada berfirman dalam quran yang menunjukan satu kaum
yang menidakkan sabar itu dan berputus asa dengan rahmat allah. Allah merakamkan
kata-kata meraka ini dalam surah ibrahim ayat 21 maksudnya :-
“Sama saja
ke atas kita, sama ada kita gelisah ataupun kita bersabar, tiadalah kita
mempunyai tempat berlindung”.
Sabar dalam konteks ayat ini bermaksud
menahan hati (berhati teguh) diatas apa yang dibenci untuk mendapat(mencari)
keredhaan allah sperti firman allah dalam surah Ar Ra’du ayat 22 bermaksud :-
“ Dan orang-orang yang bersabar (berhati teguh / menahan diri) kerana
mencari keredhaa tuhannya.
Inilah serba sedikit tentang sifat sabar
seperti yang diteragkan didalam quran. Dilain tulisan saya akan sambung mengenai
jenis-jenis sabar dan kepentingan sabar dalam islam….
Firman Allah
s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang
beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah
bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Secara umumnya kita semua
maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta’rifkannya secara
terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci
Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Malahan setiap ketika
kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka
ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita
sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku
terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat
yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .
Banyak hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan
kebaikan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat
ditakluki secara sempurna yang mungkin. Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah
s.a.w. yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya :
Yang
bermaksud :Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana
kebaikan yang banyak .
Sememangnya sifat ini Allah s.w.t. telah
membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya.
Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk
Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang
Maha Mengetahui.
Sifat SABAR terbahagi
kepada dua bahagian:
1 - Maqamat
Maqamat ialah perjuangan
atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan
sifat tersebut. Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita
tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya.
Walau pun pada
peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah
dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang
kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan
atau menetapkan rezekinya masing-masing
Tetapi apakah rezeki itu datang
secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk
mendapatkannya. Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan
ini.Sifat tawadhuk ,wara’ ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan
tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2 - Ahwal:
Ahwal ini merupakan suatu
perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada
perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah
membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
1 - Sabar di dalam
melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar
terhadap perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang
tidak diingini
4 - Sabar terhadap hawa nafsu
1: Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu
beribadat kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan sifat sabar yang
sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini hendaklah setiap ketaatan yang
kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas yang lahir di dalam
hati kita.Kenapakah syarat ikhlas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?
Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang
mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan
sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang
dinamakan ahwal.
Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini
dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk
meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar
ini.
Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara
taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan
solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan
Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan
solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.
Tetapi apakah selama
kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat
ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan
pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja
tetapi bukan kerana yang Maha suci.
Setiap solat yang kita tunaikan
semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari
mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu
merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang kita
inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin
menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan
kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari
mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak
disertai dengan perasaan ikhlas.
Sekiranya segala sebab-sebab sebegini
masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita
lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum’ah dan riak kita dan setiap
perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual
semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh
merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah
s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.
Tetapi bila mana ianya dapat
kita kawal dengan rapi ,setiap kebaikan dan ketaatan yang kita usahakan sentiasa
dengan tawadhuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t.,sentiasa kekal di hati kita
untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. maka ketika itu kita di sisi Allah
s.w.t.berada di maqam yang tinggi dan layak diberi title sebagai ?????? ?????
justeru kerana kedudukan kita telah sampai ke tahap ????? ? ??????? .
Penulis rasa ada baiknya kalau kita mengimbas kembali bagaimana
kedudukan atau maqam nabi s.a.w. dan para sahabat terdahulu dalam melaksanakan
ketaatan mereka kepada Allah s.w.t.Bagaimana perasaan mereka setelah mana mereka
mampu untuk menghadirkan diri ke masjid nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi
suasana yang sejuk serta panas namun mereka tetap tidak mahu untuk melepaskan
peluang dan merebut pahala solat tahajjud dan qiamullail lainnya sehinggakan
mereka merasakan begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajjud kian
berakhir.
Diceritakan dalam sejarah sampai-sampai ada dikalangan mereka
menangis apabila waktu solat malam berakhir dan mereka tidak sempat untuk
memakmurkannya.Mengapa perasaan seperti ini ada pada para sahabat nabi dan tidak
sedikit pun tercurah ke dalam hati kita ? Tidak lain dan tidak bukan ini adalah
kerana kelazatan beribadat telah sebati dalam jiwa mereka.Ketaatan dan kesabaran
mereka dalam melaksanakan ibadat sememangnya telah berada di kemuncak yang
tertinggi di sisi Allah s.w.t.
Kita lihat pula kepada seorang ahli feqih
dan tasauf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori,yang mana termaktub dalam
sejarahnya,bahawa sepanjang hidup beliau dalam dunia ibadat,beliau tidak mahu
sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun dan
ketuaannya terserlah.Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke
sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk,walaupun di sana beliau telah
diberi saranan oleh sahabat-sahabat dan juga murid-muridnya agar beliau duduk
sahaja ketika sembahyang kerana memandangkan tenaganya yang kian lemah.
Apabila ditanya kepada beliau,mengapa tuan tetap juga mahu berdiri
ketika sembahyang sedangkan tuan terlalu lemah untuk berdiri.Bagaimana dengan
jawapan beliau.Beliau mengatakan bahawa yang menyebabkan saya untuk terus
berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiam ketika sembahyang itu adalah sesuatu
yang sangat ternilai bagi saya.Cuba kita bayangkan,sedangkan di sana telah ada
keringanan hukum yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang
tidak mampu berdiri ketika bersembahyang.Bagaimana dengan kita.Apakah sebab yang
mendorong mereka untuk sampai ke tahap itu.
2: Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
Seterusnya marilah bersama-sama kita lihat bagaimana huraian
terhadap pembahagian kedua iaitu sabar terhadap perkara-perkara maksiat. Apakah
tindakan yang sewajarnya yang perlu kita lakukan bila mana kita berhadapan
dengan perlakuan maksiat yang berlaku dihadapan mata kita.
Pada
hakikatnya untuk mendatangkan sifat sabar terhadap perkara maksiat ini lebih
berat daripada kita mengelak diri dari mendatangkan sifat -sifat mazmumah dalam
peribadatan kita kepada Allah s.w.t. sebagaimana yang kita bincangkan pada
bahagian pertama tadi.
Kalau kita lihat pada bahagian yang pertama tadi
juga ia merupakan suatu perkara yang ringan untuk dilaksanakan bagi orang yang
diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. manakala ianya akan menjadi berat bagi orang
yang tidak mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t.
Penulis mengatakan bahawa untuk sabar dalam perkara maksiat ini lebih
berat daripada yang pertama kerana ianya memerlukan usaha yang
bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Sekiranya tanpa
usaha dan paksaan dari kita sudah tentu perkara maksiat ini tidak akan lekang
dari kita
Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam pembicaraannya
dalam masalah ini telah memberikan suatu peringatan kepada kita dengan
sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali kita cuba untuk mengingati atau
mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang telah
kita lakukan sewaktu masa dahulu.Walaupun pada masa ini kita menganggap bahawa
kita telah pun berada di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingati Allah
s.w.t.
Tetapi jangan sekali-kali kita merasakan bahawa diri kita mampu
untuk mengatasi segala maksiat yang berlaku terhadap diri kita dan di hadapan
mata kita.Tidak bererti kita mampu untuk menghindarkan diri kita ,walaupun di
dalam kepala kita terkumpul ayat-ayat Al-Quranul karim,terhimpun hadis-hadis
nabi s.a.w.,termaktub di dalam benak kita segala ilmu yang telah kita timba
semenjak dari tahun pertama pengajian kita di bumi Mesir ini sehinggalah ke hari
ini.
Ini kerana walaupun kita sekarang berada di maqam yang tertinggi
tetapi sekali kita teringat sahaja terhadap keseronokan dosa dan keenakan
maksiat yang telah kita lakukan suatu masa dahulu maka secara spontan perasaan
tersebut akan terlintas di hati kita untuk kita kerjakan bagi kali kedua.Jelas
sekali perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan dari
kita untuk meninggalkan segala ingatan tersebut.
Jadi seandainya kita
mengingati segala dosa kesalahan kita yang telah silam itu akan membuat kita
lebih menyesal dan insaf dengan sebenar-benarnya dan sekaligus akan meningkatkan
kedudukan atau maqam kita kepada maqam taubah dan istighfar itu adalah suatu
yang baik tetapi yang terlebih baik sekali ialah tidak mengingati sama sekali
perkara-perkara hitam yang telah kita lakukan dahulu.
Al Imam Al Habib
Ibnu Alwi Al Haddad dalam kitabnya begitu kuat sekali menekankan perkara ini
agar tidak mengingatinya kembali sehingga ia mengatakan bahawa lebih ringan
masuk neraka daripada kita terjerumus kembali ke dunia maksiat akibat perbuatan
kita terus-menerus membayangkan keindahan maksiat yang telah kita lakukan
beberapa waktu dahulu.
3: Sabar terhadap
perkara-perkara yang tidak diingini
Sabar dalam perkara-perkara
yang tidak diingini atau dibenci terbahagi kepada dua bahagian:
a: Sabar kita sewaktu ditimpa sebarang bencana atau
malapetaka.
i.e. sabar ketika kita menerima sebarang bentuk
malapetaka atau musibah yang bukan sebab daripada seseorang hamba atau makhluk
Allah s.w.t tetapi ianya adalah terus dari Allah s.w.t umpamanya sakit ,hilang
dan musnah harta kita akibat banjir yang melanda,ribut taufan yang memusnahkan
segala-galanya dan sebagainya.
Bagaimana perasaan kita sewaktu kita
kehilangan seseorang yang amat kita sayangi,bagaimana perasaan kita sewaktu
rumah yang kita tinggal dijilat api semuanya,bagaimana perasaan kita sewaktu
kita sihat walafiat tiba-tiba Allah datangkan kepada kita suatu penyakit yang
amat sukar untuk diubati.
Sudah tentunya ketika berhadapan dengan
perkara-perkara atau musibah sebegini kita akan mengeluh dan mengadu ke sana dan
ke mari untuk menyatakan perasaan kita yang kita tanggung waktu itu.Ketika
inilah ujian sebenar yang menimpa kita akan menentukan kita sama ada kita sabar
atau tidak untukk menghadapinya .
Bagi seseorang yang telah biasa dengan
maqam sabar ini sudah tentunya mudah bagi dirinya untuk menyandarkan bahawa ini
merupakan suatu ujian Allah kepada dirinya sekaligus maqam al qada’ dan qadar
telah tersemai dalam dirinya walaupun pelbagai sebab telah tersedia ada di
hadapannya sebagai suatu illah bagi peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
terhadap dirinya,namun kesemuanya itu tetap menjadi suatu perkara yang telah
disandarkan kepada Allah s.w.t.Bagi seseorang yang sentiasa mengeluh dan terus
mengadu ke sana dan ke mari seolah-olahnya ia tidak setuju dengan al qada’ dan
al qadar yang telah diturunkan kepadanya.
Tetapi tidaklah semua keluhan
yang kita luahkan itu merupakan ketidak setujuan kita terhadap musibah yang
ditimpakan kepada kita contohnya lelehan air mata yang turun dari kelopak mata
kita sewaktu ditimpa sebarang musibah atau kita menahan sebarang kesakitan dan
sekaligus kita tidak mengadu ke sana dan ke mari itu tidaklah dinamakan kita
tidak sabar terhadap ujian yang ditimpakan kepada kita atau dengan kata lain itu
tidaklah bertentangan dengan maqam sabar yang kita bicarakan ini.
Gambaran seperti ini jelas sekali tidak mengapa sebagaimana yang berlaku
terhadap junjungan kita nabi besar Muhammad s.a.w. sewaktu kewafatan seorang
anak lelaki kesayangan beliau iaitu yang bernama Ibrahim.
Di mana pada
waktu itu beliau tidak lagi dapat menahan kesedihan sehingga mengalir air mata
beliau,sebagaimana menurut maksud sabdanya : "Sesungguhnya dengan air mata yang
menitis ,dengan hati yang berdukacita,sesungguhnya dengan kami sangat
berdukacita sekali sewaktu kami berpisah dengan anda"
Itu adalah
merupakan suatu keadaan ketika mana nabi melepaskan putera beliau yang bernama
Ibrahim dengan lelehan air mata yang tidak dapat dibendung lagi kerana terlalu
sedih , di mana setelah menerima asuhan dari nabi anak tersebut menghembuskan
nafasnya yang terakhir.